fbpx

Park Ha-sun diganggu lelaki psiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK HA-SUN

DIGANGGU peminat fanatik yang adakala bertindak di luar batas sudah menjadi perkara biasa buat bintang K-pop, namun tidak bermakna hal tersebut boleh dipandang ringan.

Tidak terkecuali menjadi mangsa, pelakon Park Ha-sun juga pernah diganggu seorang lelaki pelik yang berimaginasi bahawa mereka merupakan pasangan kekasih.

“Saya didatangi seorang lelaki yang meminta ditulis perkataan ‘saya cintakan awak’. Selepas dipaksa, saya menurut kemahuannya.

“Kemudian lelaki itu berkata, maka kami sudah rasmi menjadi pasangan kekasih pada hari itu. Sangat mengejutkan dan pelik tetapi orang yang sama juga muncul dalam sebuah majlis sebelum perkahwinan saya.

“Dia berikan saya diarinya dan berasa kecewa kerana katanya, sudah banyak perkara yang kami telah lalui bersama. Lebih teruk, dia berkata yang kami ada anak bersama,” ceritanya.

Tidak terhenti di situ, individu itu juga pernah meninggalkan komen berbaur seksual terhadapnya dalam media sosial.

Ha-sun cuba membawa hal tersebut ke muka pengadilan, tetapi lelaki itu sangat licik dan mendakwa tidak pernah memanggil Ha-Sun waima dengan nama penuh, sekali gus itu tidak boleh dijadikan bukti untuk menuduhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI