fbpx

Koeman terpaksa ubah formasi Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOEMAN terpaksa menukar formasi tradisi Barcelona ekoran ketiadaan pemain sayap. - AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman mendedahkan, keputusannya untuk menerapkan taktikal permainan 4-2-3-1 kerana ketiadaan pemain sayap dalam skuad bimbingannya ketika ini.

Disebabkan itu, Koeman, 57, terpaksa mengubah sistem formasi 4-3-3 Barcelona kepada taktikal tersebut yang sering digunakannya ketika bersama Belanda dan beberapa bekas kelabnya sebelum ini.

Formasi itu membolehkan beliau menggunakan dua pemain tengah bertahan dan pada masa sama mempunyai tiga pemain tengah menyerang untuk membantu penyerang tunggal yang dilihat lebih berkesan dalam usa­ha mencari gol.

“Sebagai jurulatih, saya lebih mengutamakan sistem permainan sendiri. Kami tak perlu memaksa diri untuk menggunakan formasi sebelum ini memandang­kan pasukan tiada pemain sayap.

“Bagi saya, formasi 4-2-3-1 ialah sistem permainan paling sempurna yang sesuai dengan kualiti pemain-pemain Barcelona,” kata Koeman.

Sementara itu, Koeman tetap gembira walaupun The Catalan cuma membeli seorang pemain baharu iaitu Sergino Dest dari Ajax dalam jendela perpindahan baru-baru ini disebabkan krisis kewangan yang melanda gergasi Sepanyol tersebut ekoran pandemik Covid-19.

Dest menyertai beberapa lagi muka baharu yang dibeli Barcelona lebih awal lagi seperti Miralem Pjanic, Francisco Trincao dan Pedri selain kepulangan Philippe Coutinho daripada tempoh pinjaman bersama Bayern Munich dilihat mampu menyuntik kekuatan buat pasukan itu pada ­saingan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN