fbpx

Bangladesh akan gantung perogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN pelajar berarak di Dhaka pada 6 Oktober lalu sambil membawa sepanduk membantah kejadian rogol dan penyeksaan terhadap seorang wanita di daerah Noakhali, selatan Bangladesh. - AFP

DHAKA – Bangladesh memperkenalkan hukuman mati terhadap jenayah rogol hari ini susulan protes beberapa hari yang tercetus akibat serangan seksual di negara itu, kata kerajaan.

Demonstrasi diadakan di seluruh Bangladesh selepas rakaman video mengerikan menunjukkan sekumpulan lelaki menanggalkan pakaian dan menyerang seorang wanita tular di media sosial.

Klip video tersebut mencetuskan kemarahan rakyat negara Asia Selatan itu dengan aktivis-aktivis berkata, hanya segelintir mangsa serangan seksual mendapat keadilan.

Perdana Menteri, Sheikh Hasina juga berdepan kemarahan dalam kalangan ahli-ahli politik parti pemerintah yang menganggap beliau bersikap menutup mata sebelum kerajaannya meluluskan usul hukuman mati dalam satu mesyuarat di Dhaka hari ini.

Menteri Kehakiman, Anisul Huq memberitahu agensi berita AFP bahawa undang-undang itu akan ditandatangani oleh Presiden dan berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini, hukuman maksimum untuk jenayah rogol adalah penjara seumur hidup.

Sementara itu, tunjuk perasaan di pusat bandar Dhaka diteruskan hari ini di sebalik hujan lebat dengan beratus-ratus orang mengecam penangkapan beberapa pemimpin pelajar oleh pihak berkuasa yang cuba menamatkan demonstrasi itu.

Bangladesh telah melaksanakan hukuman gantung terhadap 23 orang sejak 2013, manakala sekurang-kurangnya 1,718 orang sedang menunggu hukuman tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI