fbpx

563 kes Covid-19, enam kluster lagi dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 563 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada enam kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 16,220 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 562 kes adalah penularan tempatan manakala satu kes import.

“Empat kluster baharu yang dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur hari ini ialah Kluster Baiduri dengan 10 kes, Kluster Bah Perdana (lapan), Kluster Bah Kasturi (empat) serta Kluster Bah Tropicana (satu).

“Dua kluster lain ialah Kluster Kolong di Sabah (empat kes) dan Kluster Rinting di Johor (dua kes),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 159 kes kematian sehingga kini dan kesemuanya direkodkan di Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI