fbpx

Tujuh jururawat dihantar ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh orang jururawat dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan dihantar ke Sabah bagi memerangi wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebooknya hari ini berkata, kumpulan jururawat itu berlepas ke Sabah semalam.

“Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19.

“Kumpulan jururawat itu terdiri daripada beberapa buah hospital JKN Kelantan iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II (1 orang), Hospital Tengku Anis (1 orang), Hospital Gua Musang (2 orang), Hospital Sultan Ismail Petra (1 orang), Hospital Tanah Merah (2 orang),” katanya.

Katanya, beliau bagi pihak rakyat Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada wira dan wirawati negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI