fbpx

‘Sayang pegang amanat abang’ – Balu Allayarham dedah sukar, sakit lalui hidup tanpa suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDAYAH berkongsi gambar bersama Abam.

KUALA LUMPUR – Semalam 10 Oktober genap lapan bulan pelawak Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey menghadap Ilahi.

Balunya, Siti Nurhidayah Mohd. Ali, 28, berkongsi satu perkongsian status menyayat hati melalui Instagram. Tulisnya, dia akan menjaga amanat menjaga putera mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sebaik mungkin.

“Lapan bulan abang pergi. Yang hidup pasti akan mati, sayang (merujuk dirinya) akan menyusul kemudian abang.

“Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya. Insya-Allah,” luahnya.

Tulisnya lagi, dia akan meneruskan kehidupan walaupun tanpa Abam di sisi walaupun sukar untuknya berdepan dengan realiti.

“Sayang cuba teruskan kehidupan tanpa abang di sisi. Sangat sukat, sangat susah dan sangat sakit nak lalui semua tapi kekuatan sayang adalah keluarga. Alhamdulillah, sayang bangun untuk capai impian.

PEERKONGSIAN Hidayah sempena lapan bulan genap suaminya, Abam meninggal dunia.

“Sekarang, sayang sudah ada kedai berkat doa daripada semua orang. Aku yakin pada rancangan-Mu Ya Allah. Al-fatihah suamiku, Syed Umar Mokhtar,” katanya.

Bersama status, Hidayah berkongsi sebuah video throwback Abam sewaktu hayatnya masih ada bersama isteri dan satu-satunya anak mereka itu.

Hidayah dan Abam berkahwin di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam panas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI