fbpx

Samseng guna bunga api serang balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video di sebuah akaun Twitter bunga api meletup di luar balai polis di Champigny-sur-Marne, dekat Paris malam tadi. - AFP

PARIS – Kira-kira 40 orang melancarkan serangan bunga api selama sejam ke atas sebuah balai polis di luar Paris dari malam semalam , kata pihak berkuasa dalam insiden terbaharu menyasarkan pasukan keselamatan sejak beberapa bulan lalu.

Dua anggota polis keluar merokok di luar balai itu di Champigny-sur-Marne, sekitar 12 kilometer ke timur Paris apabila kumpulan penyerang itu tiba sejurus sebelum tengah malam semalam dengan sebilangan mereka membawa batang besi.

Kedua-dua anggota polis itu bersembunyi di dalam balai berkenaan apabila kumpulan samseng itu mula menyerang pintu masuk dan sebilangan kenderaan polis tetapi tiada sesiapa cedera dalam serangan tersebut.

Datuk Bandar Champigny-sur-Marne , Laurent Jeanne berkata, pasukan polis mungkin disasarkan sebagai membalas dendam kemalangan sebuah skuter baru-baru ini yang didakwa berpunca daripada pihak polis tetapi belum dapat dibuktikan.

Tiada tangkapan dibuat, namun pihak pendakwa raya berkata, sistem kamera litar tertutup sedang diteliti untuk mencari petunjuk.

Jeanne turut mengakui bahawa kejiranan Bois-L’Abbe yang menempatkan balai polis itu mempunyai masalah pengedaran dan penagihan dadah.

Beberapa balai polis di seluruh Perancis dijadikan sasaran serangan serupa tahun ini, manakala balai polis Champigny-sur-Marne pernah menjadi sasaran serangan bunga api oleh kumpulan belia dengan insiden  terbaharu berlaku pada April lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI