fbpx

Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran awal pagi tadi mengakibatkan sebuah rumah teres dua tingkat musnah 80 peratus namun tiada mangsa terlibat dilaporkan.

KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Padang Balang di sini dikejutkan dengan laungan siren jentera bomba selepas sebuah rumah teres dua tingkat dijilat api dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Fahmi Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 5.13 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Seramai 51 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak, Wangsa Maju, Setapak dan Hang Tuah bersama empat buah jentera telah dikejarkan ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja pemadaman api.

“Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 40 kali 50 kaki persegi yang musnah kira-kira 80 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fahmi, kebakaran dapat dikawal pada pukul 5.59 pagi dan operasi selesai sepenuhnya pukul 10.17 pagi.

“Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI