fbpx

Rice bakal terima kontrak lumayan kekal di West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE bakal menerima kontrak baharu yang lumayan selepas dia bersetuju untuk kekal bersama West Ham. – AFP

LONDON – West Ham United terpaksa meningkatkan jumlah gaji pemain tengah sensasinya, Declan Rice dalam kontrak baharu yang akan ditawarkan selepas berjaya mengekalkan pemain tersebut.

Rice menjadi buruan beberapa pasukan terutama Chelsea pada jendela perpindahan kali ini, tetapi berjaya mengekalkannya selepas The Blues enggan membayar sebanyak £80 juta (RM432.04 juta) seperti diminta West Ham.

Rice ketika ini baharu sahaja memasuki tahun kedua untukkontrak selama lima setengah tahun yang menyaksikannya meraih pendapatan mingguan sebanyak £60,000 (RM324,000).

Laporan menyebut, Rice bakal menerima gaji sebanyak £120,000 (RM648,000) untuk kontrak baharu yang bakal ditandatanganinya.

Namun, bayaran tersebut hanyalah separuh daripada gaji yang diterima Felipe Anderson bersama West Ham sebelum pemain itu berhijrah secara pinjaman menyertai FC Porto minggu ini, sementara seorang lagi pemain, Andriy Yarmolenko me­nerima gaji mingguan £100,000 (RM540,000).

Pemilik kelab berkenaan, David Sullivan dan David Gold sedar bahawa mereka perlu mengemukakan tawaran baharu tersebut untuk memastikan Rice yang merupakan tonggak pen­ting skuad kendalian David Moyes itu terus kekal.

Gaji yang bakal diterima pemain berkenaan menjadikannya pemain yang meraih pendapatan paling tinggi di kelab tersebut kecuali jika The Hammers berjaya memujuk penyerang Bournemouth untuk menyertai mereka pada minggu terakhir jendela perpindahan domestik yang ber­akhir 16 Oktober ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI