fbpx

Polis sangkal dakwaan pemandu Myvi elak kenderaan berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kanan) bertanya sesuatu kepada seorang pelanggan yang berurusan untuk membayar saman trafik sempena Majlis Perasmian Program Bersama PDRM bersama Pelanggan dan Community Policing JBU di Paradigm Mall di sini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Polis menyangkal dakwaan pemandu kereta Perodua Myvi mengelakkan kenderaan berhenti di depannya hingga terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi dekat sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rakaman video yang tular di media sosial jelas menunjukkan kereta dipandu wanita berusia 23 tahun itu merempuh kereta Honda Accord dinaiki mangsa hingga kedua-dua kereta terbalik.

Katanya, video tersebut turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya melainkan tindakannya memecut laju ketika sampai di lokasi kejadian.

“Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju.

“Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh, positif methamphetamine lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas menghadiri Program Polis Diraja Malaysia Bersama Pelanggan Dan Komuniti Kepolisian Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Artikel berkaitan : Anggota TLDM mati dilanggar kereta terbabas 

Semalam, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI