fbpx

Polis jumpa dua hektar ladang ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Polis Indonesia menemui satu ladang tanaman ganja seluas hampir dua hektar di Kabupaten Rejang Lebong di wilayah Bengkulu, Sumatera Uta­ra kelmarin, lapor portal berita Tribun News.

Ladang yang ditemui di satu kawasan tanaman kopi dipercayai dimiliki dua individu dari Nilo Dingin, Lembah Masurai di Kabupaten Merangin.

Ketua Polis Merangin, Komisioner Kanan Polis Irwan Andy P berkata, kedua-dua suspek itu ditahan pada malam kelmarin.

“Dua suspek sudah ditahan iaitu Dianta Rahman, 24, dan Febriansyah yang berusia 27 tahun,” katanya semalam.

Menurut laporan, ladang ganja itu ditemui di Perkampungan Lubuk Alai Talang, Palembang Kecil, Sindang Beliti Ulu, di Kabupaten Rejang Lebong.

Direktorat Narkotik Polis Bengkulu yang membuat pemeriksaan di ladang berkenaan turut menemui satu senjata api ­
buatan sendiri.

“Untuk mengelirukan pihak berkuasa, kumpulan suspek menanam beribu-ribu pokok ganja di satu ladang tanaman kopi seluas dua hektar.

“Proses tanaman ganja dipercayai bermula pada 17 September lalu, kira-kira pukul 10.30 pagi (waktu tempatan),” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Bengkulu, Komisioner Sudarno dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sudarno menyatakan kumpulan suspek yang mengusahakan ladang itu masih disiasat.

Semasa serbuan dan pemeriksaan di ladang ganja, polis mendapati kawasan itu dibiarkan tanpa kawalan dan tiada pekerja dikesan di lokasi itu pada hari kejadian.

Sudarno berkata, anggota polis menerima maklumat awam berhubung tanaman haram di situ sebelum serbuan dijalankan.

Antara bahan bukti dirampas ialah 1,500 batang pokok kanabis, kira-kira 250 kilogram ganja ke­ring, satu alat penimbang, selaras senjata api dan satu tin me­ngandungi biji ganja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI