fbpx

Penang Esport himpun bakat e-Sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD KHIR (berdiri, dua dari kiri) bergambar bersama sebahagian daripada pemenang kejohanan e-Sukan anjuran Esport Pulau Pinang dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

USAHA untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat ba­haru sentiasa menjadi ke­utamaan buat Persatuan Sukan Elektronik Pulau Pinang atau Esport Pulau Pinang khususnya menerusi penganjuran beberapa kejohanan sukan elektronik berkaitan.

Terbaharu, bagi membuktikan komitmen tinggi mereka terhadap usaha tersebut, satu kejohanan e-Sukan dalam talian berskala besar dikenali sebagai Penang Esport Festival 2020 dirangka dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

Menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM24,000, kejohanan yang dijangka mula membuka tirainya pada 17 Oktober itu dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM), Mobile Legends (ML), Grand Turismo Sport serta MotoGP.

POSTER pemberitahuan mengenai pertandingan PUBGM termasuk jadual peringkat awal sehingga final selain tarikh tutup penyertaan pada 15 Oktober ini.

Presiden Esport Pulau Pinang, Mohamad Khir Md. Noor berkata, kesemua kategori tersebut akan bermula dengan pusingan kelayakan sebelum acara final dilangsungkan iaitu dijangkakan antara 31 Oktober hingga 1 November depan.

“Ketika ini, hanya kategori PUBGM telah lengkap penyertaannya iaitu membabitkan 128 pasukan dengan setiap pasukan disertai oleh empat pemain manakala tiga lagi kategori masih dibuka kepada semua warga tempatan yang berminat.

“Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Oktober ini dan semua pemain akan beraksi secara dalam talian hingga aksi penentuan (final) pada hujung bulan nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mohamad Khir berkata, sehingga kini, pihaknya telah menerima lebih daripada 1,400 penyer­taan dan berharap lebih ramai peserta akan mengambil bahagian kali ini.

“Ini kali pertama keempat-empat kategori digabungkan serentak dalam satu kejohanan berskala besar seperti Penang Esport Festival 2020 ini.

“Sebelum ini, memang jarang sekali kita dapat menyaksikan kejohanan membabitkan permainan seperti MotoGP atau Grand Turismo Sport diadakan berbanding PUBGM atau ML,” ujar beliau.

Tambahnya, ini peluang ke­emasan untuk semua pemain menonjolkan bakat serta kehebatan masing-masing dalam arena sukan elektronik selain merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh penganjur de­ngan nilai keseluruhan RM24,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI