fbpx

Mayat nelayan ditemui selepas tiga hari hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Abdul Rahman Mat Kasim,60, dibawa ke jeti nelayan Kelanang, Kuala Langat selepas ditemui pemancing kira-kira 6 kilometer dari jeti berkenaan hari ini.

KUALA LANGAT – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Batu Laut, Tanjong Sepat sejak tiga hari lalu ditemui lemas di sini awal pagi tadi.

Mayat Abdul Rahman Mat Kasim, 66, ditemui kira-kira pukul 10.45 pagi oleh sekumpulan pemancing di sekitar Kelanang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mayat ditemukan kira-kira lebih kurang 6 kilometer daripada pantai jeti nelayan Kelanang.

“Mayat yang kemudiannya dibawa ke jeti tersebut telah disahkan oleh ahli keluarga mereka.

“Proses bedah siasat terhadap mayat berkenaan akan dilakukan di Hospital Banting,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki terselamat manakala ayahnya dikhuatri lemas selepas bot dinaiki karam di Perairan Batu Laut, Tanjong Sepat di sini semalam.

Kejadian tersebut diketahui apabila mangsa terselamat, Mohd. Farizal Abdul Rahman, 40, diselamatkan oleh sekumpulan pemancing yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang.

Kedua-dua beranak itu turun ke laut kira-kira pukul 8 pagi dipercayai bagi menangkap udang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI