fbpx

Liga Super: Kedah muncul naib juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Kedah, Renan Da Silva Alves (dua kiri) meraikan garingan gol pada aksi CIMB Liga Super 2020 antara Perak dan Kedah di Stadium Perak,Ipoh malam ini. Foto- ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh AZIZAN HASHIM

IPOH – Kedah muncul naib juara Liga Super 2020 selepas berjaya menundukkan Perak 2-3 di gelanggang lawan di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Gol kemenangan Lang Merah disumbangkan oleh Renal Alves pada minit ke-63 sekali gus membantu Kedah beraksi dslam Piala AFC, tahun hadapan.

Sebaliknya kekalahan itu menyaksikan Perak turun ke tangga keempat selepas dipintas Terengganu yang menang 2-1 di gelanggang sendiri.

Dalam perlawanan hebat dan menarik itu empat gol terhasil di separuh pertama.

Kedah membuka jaringan melalui gerakan solo Kpah Sherman pada minit ke-28.

Berselang tiga minit kemudian Fazrul Daniel melebarkan kedudukan Lang Merah apabila menyudah peluang dicipta Badrol Bakhtiar pada minit ke-31.

Walaupun Perak tampil tanpa kapten, Shahrul Mohd Saad yang digantung dan Guilherme De Paula yang mengalami kecederaan, Perak tampak tertekan tetapi anak buah Mehmet Durakovic bangkit melawan.

Kesungguhan tuan rumah berhasil apabila Leandro Dos Santos menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42. Sepakan itu diperolehi selepas Firdaus Saiyadi dijatuhkan oleh Rizal Ghazali.

Leandro yang bertindak selaku kapten kemudian menanduk masuk gol penyamaan Bos Gaurus dalam masa kecederaan untuk menyemarak semangat juang rakan sepasukan.

Bersambung babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan menggandakan usaha untuk memburu kemenangan.

Seperti di babak pertama, asakan Kedah nyata berkesan dan mereka akhirnya berjaya menyumbat gol kemenangan melalui tandukan kencang Renal Alves pada minit ke-63.

Walaupun Perak berusaha memadam defisit itu, tiada apa yang mampu mereka lakukan untuk mengubah keadaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI