KEMUNCULAN kumpulan Blackpink dengan single terbaharu mereka berjudul Lovesick Girls meledakkan kepanasan gara-gara penampilan salah seorang ahlinya, Jennie yang mengenakan uniform jururawat dalam video muzik lagu berkenaan.
Paling lantang bersuara ialah Kesatuan Pekerja Kesihatan dan Perubatan Korea yang mengeluarkan kenyataan agar agensi YG Entertainment menarik balik video berkenaan kerana mendakwa memburukkan reputasi golongan jururawat.
YG Entertainment kemudiannya mengeluarkan kenyataan akan membuang video berkenaan secara serta-merta.