fbpx

Covid-19: Dua pasar awam di Masai ditutup 6 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Muafakat Sabah @Johor dan Pasar Awam Masai, Pasir Gudang ditutup enam hari bermula esok hingga 17 Oktober ini.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

PASIR GUDANG – Dua pasar awam di daerah ini ditutup sementara bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan pandemik Covid-19.

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam satu kenyataan memberitahu, pasar terlibat adalah Pasar Awam Masai dan Pasar Muafakat Sabah@Johor.

“Penutupan kedua-dua pasar itu berkuat kuasa bermula esok sehingga 17 Oktober sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan kes Covid-19.

“Segala aktiviti perniagaan adalah dilarang selama tempoh arahan penutupan. Kegagalan mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang penguatkuasaan tanpa sebarang notis,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, langkah itu diambil selepas MPPG mengenal pasti terdapat kes penularan Covid-19 berlaku di sekitar kawasan Masai.

Semalam, dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Masai dan Sekolah Agama As-Syakirin Masai turut ditutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Oktober ekoran terdapat kes positif Covid-19 dikesan di sekolah berkenaan.

Penutupan kedua-dua sekolah terbabit disahkan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI