fbpx

BSC ditutup sementara bermula 8 malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGSAR Shoopping Centre. -Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pusat beli belah, Bangsar Shopping Centre (BSC) ditutup bermula pukul 8 malam tadi bagi proses sanitasi Covid-19.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan BSC, proses tersebut dilakukan setelah pengurusan pusat beli belah terkenal itu menerima laporan seorang petugas dari sebuah kedai di tingkat bawah premis itu didapati positif Covid-19.

“Kali terakhir petugas tersebut bertugas adalah pada Selasa 6 Oktober lalu dan tidak bekerja sehingga hari ini. Dia juga tidak mengalami sebarang simptom.

“Semua petugas di kedai tersebut juga diarahkan untuk melakukan ujian Covid-19 mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan yang telah ditetapkan,” jelas kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi permis itu hari ini.

Bagaimanapun BSC akan beroperasi semula seperti biasa esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI