fbpx

561 kes Covid-19, lima kluster lagi dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 561 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada lima kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 15,657 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 553 kes adalah penularan tempatan manakala lapan adalah kes import.

“Tiga kluster baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini ialah Kluster Kasih di Lahad Datu dengan 15 kes Kluster Surat di Sandakan (22) dan Kluster Khazanah di Lahad Datu (13).

“Dua kluster lain ialah Kluster Sungei Way di Selangor (tiga kes) dan Kluster Bah Bundle di Labuan (satu kes),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, dua kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 157 kes kematian sehingga kini dan kesemuanya direkodkan di Sabah.

Tambahnya, kematian tersebut membabitkan dua lelaki berusia 63 dan 67 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau dan Hospital Duchess of Kent, Sandakan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI