fbpx

2 kakitangan TM positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai dua orang kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) didapati positif Covid-19.

TM dalam satu kenyataan akhbar berkata, kakitangan tersebut masing-masing bertugas di Menara TM ONE di Damansara dan di pejabat Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah.

“Mereka kini sedang menerima rawatan di fasiliti kuarantin dan perubatan kerajaan, barisan pengurusan dan seluruh kakitangan TM mendoakan agar kedua-dua mereka cepat sembuh.

“Susulan kes ini, pengesanan kontak rapat sedang giat dilakukan Kementerian Kesihatan dengan dibantu oleh Pasukan Tindak Balas Covid-19 TM bagi mengenalpasti dan memaklumkan untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, di Menara TM ONE, semua penghuni diminta meninggalkan premis dan bangunan tersebut ditutup selama tujuh hari bagi proses nyahkuman dan sanitasi.

“Selain itu, pejabat-pejabat TM di Sabah, Kedah dan kawasan-kawasan Zon Merah yang lain telah ditutup lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes sejak akhir-akhir ini.

“Ini juga antara langkah-langkah proaktif bagi mengekang penyebaran wabak dan memastikan keselamatan para pelanggan, kakitangan serta masyarakat,” ujarnya.

Tambahnya, kakitangan di negeri-negeri dan kawasan-kawasan terbabit telah kembali bekerja dari rumah .

“Kakitangan dalam fungsi kritikal (pusat panggilan, pasukan lapangan untuk pemasangan dan baik pulih perkhidmatan) akan terus bertugas dengan mematuhi prosedur operasi standard  yang ditetapkan kerajaan serta pihak TM sendiri. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI