fbpx

18 Ahli Parlimen Pas sokong kepimpinan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pas menegaskan kesemua 18 Ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak terkesan dengan retorik yang dibawa Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Pas menganggap isu dibangkitkan oleh individu sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan dan cita-cita peribadi di samping menangguk di air keruh ketika kerajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

“Dalam hal ini, Pas amat yakin Yang di-Pertuan Agong tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya Baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan dan undang-undang berdasarkan Perlembagaan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Pas turut berharap kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara akibat tindakan berkenaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI