fbpx

11 lagi PATI ditahan mahu pulang ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Selepas berjaya 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru sejam mendarat semalam, hari ini pasukan keselamatan berjaya menahan 11 lagi PATI Indonesia.

Kali ini, mereka mahu pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak sah.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyatan berkata, tangkapan berlaku di sektor Ops Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia oleh Pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) hari ini pukul 5.30 pagi.

“Susulan daripada tangkapan semalam, pasukan yang meneruskan pemantauan dan usaha menjejaki saki baki PATI dan berjaya mengesan sekumpulan PATI sedang berjalan melalui pinggir hutan, di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor.

“Hasil serbuan sekitar 5.30 pagi tadi, pasukan keselamatan berjaya menahan 11 PATI warga Indonesia melibatkan 10 lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 45 tahun dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal melalui laluan yang tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 22,177 melibatkan wang tunai RM 10,909 dan 13,188,000 Rupiah (RM 3727) serta 14 buah telefon bimbit.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Pos Tuan Sheh untuk pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen.

Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Sedili. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI