fbpx

Susah hendak tidur sebelum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat Meng Teng yang ditemui terapung di Sungai Galas di Kampung Kolam Mas, Gua Musang kelmarin.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Polis mengesahkan tekanan hidup menjadi punca seorang ejen insurans bertindak terjun ke dalam Su­ngai Galas di sini sebelum mayatnya ditemui terapung di kawasan itu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, mayat Jee Meng Teng, 55, ditemui terapung di kawasan sungai itu pada pukul 1.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang tinggal di Kampung Baru di sini dipercayai menghadapi tekanan hidup selepas punca pendapatannya kurang daripada sebelum ini sehingga dia bertindak terjun ke dalam sungai itu.

“Mangsa dilaporkan hilang dari rumah sejak awal pagi Rabu lalu. Meng Teng ada memaklumkan kepada isterinya bahawa dia tidak boleh tidur malam sejak empat hingga lima hari lalu.

“Pada malam Rabu lalu, ­mangsa mahu tidur awal kerana keletihan, namun kira-kira pukul 3 pagi, isterinya mendapati dia hilang dari tempat tidur,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kelmarin, penduduk me­nemui mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Galas, di Kampung Kolam Mas di sini.

Mayat itu yang hanya berpakaian seluar dalam dan sudah berbau dipercayai diha­nyutkan arus sungai sebelum timbul pada petang kelmarin.

Sementara itu, Mohd. Taufik berkata, bedah siasat mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI