fbpx

Zulkifli titip pesanan kepada umat Islam di hari Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESANAN yang dititipkan Zulkifli dalam tulisan Jawi dimuat naik ke laman Facebooknya.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menitipkan beberapa pesanan dan nasihat kepada umat Islam di negara ini sempena hari Jumaat yang mulia.

Pesanan dalam tulisan jawi itu dikongsi Zulkifli menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, beliau berkongsi beberapa pesanan yang boleh dilakukan umat Islam pada hari Jumaat.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang mempertemukan kita dengan hari Jumaat.

“Sempena hari Jumaat hari jawi, pesanan saya kepada saya sendiri dan rakan-rakan supaya banyakkan selawat kepada Rasulullah dan bacalah surah al-Kahfi dan buka al-Quran,” katanya.

Katanya, beliau juga memohon kepada semua umat Islam supaya menjaga huhungan silaturrahim terutama ibu bapa selain memanfaatkan hari Jumaat untuk beramal soleh.

Zulkifli kini sudah lima hari menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif Covid-19 pada Isnin lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI