fbpx

Sultan Johor tinjau pembinaan menara rumah api di Mersing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim meninjau pembinaan menara rumah api di pekarangan Istana Flintstone, Mersing hari ini. Foto ROYAL PRESS OFFICE

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Menara rumah api di pekarangan Istana Flintstones, Mersing yang bakal menjadi mercu tanda di daerah itu dijangka siap sepenuhnya pada September tahun depan.

Bangunan sembilan tingkat berketinggian lebih 60 meter itu bakal menjadi bangunan yang tertinggi di daerah Mersing.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa meninjau perkembangan projek pembinaan menara tersebut hari ini.

“Bangunan ini boleh dijadikan tempat penginapan untuk tetamu-tetamu khas, terutamanya Raja-Raja yang lain jika mereka berangkat ke Johor.

“Mereka akan dapat melihat pemandangan lautan dan pulau di sekitar kawasan ini.

“Ia akan turut dilengkapi dengan dua padang polo serta kandang kuda bertaraf antarabangsa yang mampu menganjurkan pertandingan sekali gus menaikkan nama daerah Mersing,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Sultan Ibrahim bertitah, menara berkenaan akan turut dilengkapi dengan 14 bilik penginapan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI