fbpx

SK Permatang Janggus dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Kepala Batas di sini memulakan semula sesi persekolahan hari ini selepas ditutup selama lapan hari bermula 1 Oktober lalu susulan seorang gurunya positif Covid-19.

Tinjauan Kosmo! mendapati pekarangan sekolah kurang sesak ekoran sesi persekolahan hanya dikhususkan buat murid darjah tiga hingga enam, manakala murid darjah satu dan dua masih perlu menjalani kuarantin di rumah yang dijangka berlangsung selama 14 hari.

Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang enggan dikenali berkata, bangunan sekolah berkenaan telah disanitasi sebanyak dua kali sebelum dibuka semula hari ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan turut diperketatkan dan ibu bapa mahupun penjaga tidak perlu risau,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kehadiran murid berkurangan disebabkan hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung minggu.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad mengesahkan arahan penutupan itu dan tindakan berkenaan diambil adalah atas sebab keselamatan serta langkah berjaga-jaga daripada penularan wabak tersebut.

Jumaat lalu, kira-kira 400 murid menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang guru wanita sekolah terbabit dikesan positif pada Khamis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI