fbpx

Romero tawar hati, intai peluang ke MLS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMERO hampir menyertai Everton sebagai pemain pinjaman tetapi rundingan tersebut berakhir dengan kegagalan. – AFP

MANCHESTER – Penjaga gol Manchester United, Sergio Romero masih enggan mengibarkan ‘bendera putih’ dalam misi­nya untuk berhijrah pada jendela perpindahan yang masih dibuka di peringkat domestik di beberapa negara ketika ini termasuk Amerika Syarikat (AS).

Sebagai rekod, Romero sudah ‘makan hati’ dengan pengurusan The Red Devils yang diketuai oleh Ole Gunnar Solkskjaer terutama selepas menghalang perpindahannya ke Everton secara pinjaman sebelum ini.

Kegagalan itu berpunca selepas United menuntut sejumlah wang daripada Everton sebelum memberi lampu hijau meskipun penghijrahan itu hanya dilakukan secara pinjaman memandang­kan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu hanya bersetuju untuk membayar gaji Romero.

Kini, penjaga gol antarabangsa Argentina itu percaya peluang­nya untuk berhijrah masih terbuka selain meletakkan sasaran untuk berkelana ke Liga Major Amerika Syarikat (MLS) selepas jendela perpindahan AS dibuka sehingga 29 Oktober depan.

Romero yang berusia 33 tahun tidak gembira untuk kekal bersama United selepas menjadi penjaga gol pilihan No.3 di belakang Dean Henderson dan David De Gea.

Isteri kepada Romero, Eliana Guercio memohon agar pengurusan United memberi pertimbangan sewajarnya dalam memastikan karier bekas pemain AZ Alkmaar itu terus bersinar selain dia dapat kembali beraksi di atas padang.

“Romero telah menjadi pemain yang paling setia bersama United sejak berhijrah pada 2015 dan membantu kelab itu menjuarai trofi Liga Europa sebelum ini. Saya harap mereka memberi peluang untuknya berhijrah sebelum jendela perpindahan sebenar ditutup nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI