fbpx

Risteena, Isa Khan menuju hari bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RISTEENA dan Isa mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu di Bali, Indonesia.

KUALA LUMPUR – Pelakon Risteena Munim memberi isyarat tarikh pernikahannya dengan Isa Khan juga seorang pelakon bakal tiba tidak lama lagi.

Biarpun tidak secara terbuka bercakap mengenai hari bahagia itu, keterujaan Risteena dan Isa membuat persiapan perkahwinannya disedari apabila pasangan itu dilihat hadir ke sebuah butik milik pereka fesyen terkenal, Izuwan Ismail.

Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 30, turut memuat naik sekeping gambar bersama Ezuwan dan Isa berserta kap­syen ringkas berbunyi: “Kesukaan kami @ezuwanismail.”

Foto itu juga disertakan de­ngan tanda pagar #counting­days (menghitung hari) dan #weddingdress (gaun pengantin).

Kapsyen itu memberi ba­yangan bahawa majlis perkahwinan pasangan sama cantik sama padan itu sudah semakin hampir.

“Rasa macam sudah tidak sabar untuk pakai pada hari perkahwinan nanti.

“Walaupun belum siap (gaun pengantin) sepenuhnya, tetapi sudah cukup cantik dan tunggu dipakai pada hari bahagia kami. Terima kasih Ezuwan,” kata anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang itu dalam sebuah video menerusi Insta Story.

Sementara itu, Ezuwan turut memuat naik dua keping gambar bersama Risteena dan Isa yang mengenakan baju pengantin berwarna putih menerusi Insta Storynya.

Pelakon yang popular menerusi drama Playboy Itu Suami Aku dan Isa mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu di Bali, Indonesia.

Pasangan tersebut merancang untuk mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI