fbpx

Peserta konvoi jatuh gaung 100 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu Muhd. Afifi yang cedera ringan selepas motosikalnya terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Tasik Kenyir - Felda Aring dekat Hulu Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Seorang penunggang motosikal bernasib baik cuma cedera ringan walaupun terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 100 meter selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tasik Kenyir menghala ke Felda Aring dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.50 pagi itu, motosikal yang ditunggangi Muhd. Hafifi Mahasan,33, hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam cerun berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd. Salleh Abdullah berkata, sewaktu kejadian Muhd. Hafifi yang berasal dari Kampung Bakau Tinggi, Kemaman sedang menyertai konvoi bermotosikal bersama rakan-rakannya ke Gua Musang, Kelantan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian yang merupakan lalu berselekoh, motosikal jenis Modenas Elegant yang ditunggangi mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas terjatuh ke dalam gaung tersebut.

“Rakan-rakan mangsa yang panik telah memaklumkan kejadian itu kepada pihak bomba pada pukul 10.57 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Salleh berkata, sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian yang agak pendalaman pada pukul 12.09 tengah hari sebelum melakukan operasi penyelamatan.

Beliau berkata, anggota bomba terlibat mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membawa naik Muhd. Afifi dengan menggunakan tali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI