fbpx

Peniaga barang lusuh ditahan kes curi kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui getah penebat kabel eletrik yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes curi bahan tersebut di sebuah kilang di Kulim pada semalam.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang peniaga barang lusuh dan dua rakannya ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi kabel elektrik di sebuah kilang di Zon Industri Fasa 3 Hi-Tech di sini yang membabitkan kerugian kira-kira RM10,000 semalam.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 32 hingga 56 tahun itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan di sebuah rumah di Taman Lobak dan Taman Keranji di sini bermula pukul 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim memberitahu, tangkapan tiga suspek terbabit adalah susulan laporan polis oleh seorang sub kontraktor pada semalam.

“Lelaki berusia 40 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Kulim Hi-Tech kira-kira pukul 9 pagi semalam selepas mendapati kabel elektrik di sebuah kilang di Zon Industri Fasa 3 Hi-Tech hilang.

“Kabel elektrik yang hilang adalah sepanjang 180 meter dengan kerugian kira-kira RM10,000,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sepasukan polis kemudian bertindak menyerbu sebuah rumah di Taman Lobak dan menahan dua lelaki berusia 32 tahun dan 33 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemui dua longgokan getah penebat kabel di rumah tersebut,” ujarnya.

Menurut Azhar, seorang lagi suspek ditahan kira-kira sejam kemudian di Taman Keranji.

“Siasatan mendapati suspek yang merupakan peniaga barang lusuh tanpa lesen itu adalah perancang utama manakala dua rakannya melakukan kegiatan curi kabel untuk mengambil aluminium serta tembaga sebelum dijual di Bukit Mertajam, Pulau Pinang,” katanya.

Tambahnya, semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI