fbpx

Penghuni kuarters buat ruang guna sama jadi ‘ruang tamu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUANG guna sama kuarters yang dijadikan tempat lepak oleh penghuni lengkap dengan perabot.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Terdapat segelintir penghuni kuarters di sini didapati menjadikan ruang guna sama berdekatan tempat parkir motosikal di aras bawah bangunan sebagai tempat lepak selain meletakkan perabot.

Badan Pengurusan Hartanah (BPH) dalam kenyataan berkata, perbuatan itu sekali gus mengganggu laluan penduduk dan menyalahgunakan ruang yang sepatutnya.

“Ruang gunasama tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan meletakkan perabot-perabot tanpa kebenaran.

“Kami sudah meletakkan notis supaya perabot berkenaan dialihkan dalam tempoh tujuh hari. Sekiranya gagal dialihkan, kami akan mengambil barangan tersebut dan penghuni perlu hadir ke pejabat BPH untuk menuntutnya semula,” katanya.

Selain itu, BPH turut mengenal pasti beberapa kediaman yang didapati disewa kepada pihak ketiga ketika pemeriksaan dilakukan berdasarkan aduan dikemukakan penghuni lain.

“Dua unit kediaman diambil alih manakala, tiga unit lagi diperiksa kerana disyaki disewakan kepada pihak ketiga.

“Kami dapati penghuni sudah bersara dan ditamatkan perkhidmatan (buang kerja),” katanya.

Katanya, BPH akan membuat tuntutan kepada penghuni sepanjang tempoh penghuni hilang kelayakan sehingga unit kuarters diambil alih.

Selain itu, katanya, tiada kompaun dikenakan sebaliknya penghuni akan diberi notis pengosongan selama 30 hari dan meminta untuk menyerahkan unit kediaman secara teratur.

BPH turut meminta penghuni kuarters supaya  sentiasa mematuhi peraturan menduduki kuarters bagi mengelakkan tindakan dikenakan terhadap mereka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI