fbpx

PCS tidak bertanding PRK Batu Sapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parti Cinta Sabah

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Parti Cinta Sabah (PCS) menyatakan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Setiausaha Agung PCS, Ansari Abdullah berkata, parti membuat keputusan berkenaan selepas melihat situasi terkini Covid-19 yang kian membimbangkan di Sabah khususnya daerah Sandakan.

“Keselamatan dan nyawa rakyat mengatasi semua pertimbangan politik.

“Walaupun PRK Batu Sapi yang wajib dijalankan menurut perlembagaan dan undang-undang negara namun PCS
mengambil keputusan untuk tidak bertanding.

“Sabah sedang dilanda jangkitan virus Covid-19 yang amat teruk dan sangat jelas prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 lalu gagal membendung penularan virus ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan akhbar di laman sosial Facebook PCS hari ini.

Ansari berkata, Sabah tidak mampu menanggung satu lagi penularan Covid-19 sekiranya masih ada proses kempen dan pengundian PRK di Batu Sapi.

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan tidak akan bertanding pada PRK Batu Sapi atas alasan sama.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mrnyatakan pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

PRK Batu Sapi perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong minggu lalu.

Batu Sapi terletak dalam daerah Sandakan yang kini diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas dikategorikan sebagai zon merah dengan mencatat 156 kes aktif Covid-19 semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI