fbpx

MCMC beri amaran berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar grafik palsu yang tular baru-baru ini.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC dalam satu kenyataan berkata, tindakan tegas boleh diambil oleh pihak berkuasa yang terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia dan MCMC jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Ini berikutan MCMC mengambil maklum berhubung penyebaran berita palsu yang tular di media sosial beberapa hari lalu yang mendakwa seramai 13 menteri kabinet telah dijangkiti Covid-19.

“Perkara tersebut telah dinafikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar hariannya selain penafian yang diterbitkan dalam portal Sebenarnya.my,” katanya.

Sehubungan dengan itu, MCMC berkata, sekiranya terdapat keraguan mengenai kesahihan sesuatu berita, layari portal Sebenarnya.my atau pautan Telegram iaitu https://t.me/sebenarnyamy.

Maklumat mengenai penularan berita palsu turut boleh disalurkan melalui pautan ‘Salur kepada Kami’ iaitu https://sebenarnya.my/salur/ di portal dan aplikasi Sebenarnya.my. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI