fbpx

Ibu bapa tidak perlu bimbang hantar anak ke sekolah – Razman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZMAN Zakaria (tiga dari kanan) bergambar bersama pengetua-pengetua sekolah di dalam majlis tertutup penyerahan dermasiswa sumbangan Kerajaan Negeri Perak di SMK Bagan Serai hari ini. FOTO WAT KAMAL ABAS

Oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang apabila menghantar anak ke sekolah walaupun keadaan semasa kes Covid-19 menunjukkan peningkatan mendadak sehingga mencapai tiga angka kebelakangan ini.

Pengerusia Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Indan, Pertubukan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya mendengar luahan yang disampaikan apabila ada sebahagian ibu bapa khuatir dengan keadaan semasa sekarang.

Katanya, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana semua sekolah di Perak patuh dalam mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak ke sekolah walaupun kes Covid-19 kini bertambah.

“Semua sekolah di Perak mematuhi dan mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan. Namun jika ada ibu bapa yang kurang yakin dengan keadaan semasa, mereka boleh menghantar surat memaklumkan kepada pihak sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Wang Dermasiswa yang diadakan secara tertutup di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Serai di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, seramai lima pelajar dari lima buah sekolah di Bagan Serai dipilih untuk menerima dermasiswa sebanyak RM1,000 seorang.

Selain pelajar dari SMK Bagan Serai, empat lagi pelajar yang turut menerima dermasiswa tersebut merupakan pelajar dari SMK Abu Bakar Al-Baqir, SMK Gunung Semanggol, Maahad Ar Ridwan dan Maahad Al Ehya Asshariff. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI