fbpx

Fattah, Fazura namakan anak Nur Fatima Aisya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATTAH dan Fazura.

Oleh NURFARHANA MOHAMED

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura sepakat menamakan Nur Fatima Aisya kepada puteri sulung mereka yang dilahirkan pada 2 Oktober lalu.

Perkara tersebut diumumkan menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram @fattzuralovelife hari ini, memaparkan penyanyi lagu Noktah itu sedang memangku anak perempuannya.

FAZURA memuat naik video bersama kapsyen memperkenalkan nama anak perempuannya.

“Assalamualaikum, hari ini genap seminggu sejak saya dilahirkan pada Jumaat, 2 Oktober 2020. Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.

“Fatima sudah berusia seminggu hari ini tetapi Daddy dan Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

“Tetapi Fatima tahu ramai yang selalu doakan Fatima. Syukur sangat kepada pak cik dan mak cik semua.

“Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir bila Fatima dah bersedia,” tulis Fazura.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI