fbpx

ESI Challenge hargai bakat pemain wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN MAMAJESS akan turut serta berentap pada saingan ESI Challenge yang akan berlangsung malam ini.

KEJOHANAN e-Sukan Esports Integrated (ESI) Challenge Edisi Wanita yang menampilkan permainan Mobile Legend menjanjikan aksi menarik apabila hanya disertai pemain wanita.

Empat pasukan masing-masing diwakili lima pemain bakal melakukan perhitungan bermula pukul 8 malam ini yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Esports Integrated, Kosmo! dan Utusan Malaysia.

Wakil VCMC yang juga Penerbit Eksekutif ESI Challenge, Mohd. Fakhruddin Md. Noor berkata, kejohanan secara online itu bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat e-Sukan wanita dalam negara.

“Matlamat penganjuran ini adalah sebagai penghargaan kepada wanita-wanita dalam e-Sukan. Kejohanan ini boleh dijadikan sebagai platform untuk mempamerkan kebolehan masing-masing, sekali gus membuka ruang bermain secara profesional.

“20 pemain dibahagikan kepada empat kumpulan dan mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara. Saya yakin kita bakal saksikan persaingan yang hebat pada kejohanan itu nanti,” ujarnya.

Lebih menarik, kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM4,000 itu disertai beberapa nama besar dalam penstriman langsung di Malaysia seperti MamaJess dan MissRose Gaming yang memiliki ribuan pengikut di Facebook.

Sementara itu, penonton yang mengikuti siaran langsung malam ini turut berpeluang memenangi berlian permainan Mobile Legends dengan memberi tanda like serta share siaran berkenaan.

“Tidak lupa juga kepada penonton-penonton, jangan lepaskan peluang untuk memenangi sejumlah 56,788 berlian yang akan diberikan secara percuma kepada mereka yang bertuah,” tambah Fakhruddin.

Ogos lalu, ESI dengan kerjasama VCMC turut menganjurkan kejohanan ESI Challenge Edisi Merdeka yang menerima sambutan menggalakkan apabila menarik 167,000 jumlah tontonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI