fbpx

Dua lagi sekatan, penutupan jalan di Klang Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Dua lagi lokasi sekatan jalan raya (SJR) dan penutupan jalan dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mukim Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penambahan itu melibatkan kawasan Bandar Puteri (Jalan Gelang 8) dan Taman Suria Pendamar (Flat Suria Pendamar), Pandamaran.

“SJR di kedua-dua lokasi itu dilaksanakan di Lebuh Gelang 1 arah kanan dan laluan masuk ke Jalan Selat Selatan 14.

“Manakala, penutupan jalan melibatkan Lebuh Gelang 1 menghala ke Jalan Johan Setia dan Jalan Selat Selatan 14 menghala ke Jalan Banting-Pandamaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar beliau, orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke dua kawasan itu perlu mendapatkan surat kebenaran dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tindakan kompaun akan dikenakan ke atas mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-32913344,” katanya.

Semalam, Shamsul Amar memaklumkan sebanyak tujuh jalan ditutup susulan pelaksanaan PKPB berkuat kuasa hari ini.

Penutupan itu melibatkan dua kawasan iaitu Bukit Tinggi meliputi Jalan Batu Unjur 9, jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn. Bhd dan Lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt.

Empat lagi jalan ditutup adalah di Taman Sri Andalas merangkumi berhadapan Masjid Ar- Rahimiah, Jalan Sri Siantan dan Sri Siantan 41 serta Jalan Sri Damak 53.

Polis turut melakukan SJR melibatkan Persiaran Pegaga (berhadapan Restoran Subaidah), Jalan Kim Chuan (berhadapan 99 Speedmart) di Bukit Tinggi dan persimpangan Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI