fbpx

Airmez Lipmatte hasil formulasi daripada bahan berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAINI (tengah, duduk) menunjukkan produk Airmez Lipmatte di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Airmez Beautie Empire, pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Airmez Lipmatte mahu membantu para pelanggannya yang kini menghadapi masalah bibir yang mudah pecah, berwarna kehitaman, kusam dan tidak bersinar.

Menurut pengasas syarikat,Noraini Azizan, masalah tersebut sentiasa membelenggu wanita dan mereka sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan produk yang bersesuaian.

Bagi memenuhi keperluan pasaran dan permintaan yang semakin meningkat, syarikat telah menjalankan kajian dan pembangunan untuk menghasilkan produk lipmatte bermutu tinggi dan dijual pada harga berpatutan.

“Produk ini telah menjalani R&D selain cubaan di peringkat awal bagi membolehkan kami sendiri mencubanya dan seterusnya kepada rakan terdekat, ternyata ia berkesan.

“Kami formulasikan bahanbahan utama seperti minyak zaitun, minyak argan, vitamin A, C dan E untuk menghasilkan
Airmez Lipmatte .

“Dengan penggunaan produk ini secara berterusan, ia berperanan melembap serta melembutkan tekstur bibir dan mengurangkan garisan halus,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Noraini menjelaskan, berdasarkan testimoni positif daripada pelanggan, syarikat mengunjurkan jualan untuk produk baharu ini bakal mencecah kepada 10,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Produk yang telah diperkenalkan di pasaran sejak awal tahun ini turut disokong oleh kekuatan rangkaian pemasarannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI