fbpx

74 ADUN Sabah sudah mengangkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd. Ariffin Arif (PN-Membakut) antara ADUN yang mengangkat sumpah di DUN hari ini.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seramai 74 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sudah mengangkat sumpah pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah petang tadi.

Menerusi jumlah itu, 70 ADUN adalah mereka yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu dan empat lagi merupakan ADUN dilantik.

Semua ADUN mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim Yahya.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor antara tiga ADUN yang tidak hadir ketika upacara angkat sumpah berkenaan berikutan dilaporkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Dua ADUN lain yang juga tidak hadir ialah Datuk Jaujan Sambakong (Warisan-Sulabayan) dan Manis Muka Dara (Warisan-Bugaya).

Upacara angkat sumpah berkenaam bermula sekitar pukul 2 petang dengan didahului tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Lamag), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (PN-Tambunan) dan Datuk Dr. Joachim Gunsalam (PBS-Tambunan) berikutan ketiadaan Hajiji.

Upacara seterusnya disusuli mengangkat sumpah oleh tujuh menteri dan 18 pembantu menteri Kabinet.

Tujuh menteri berkenaan adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II, Datuk Masidi Manjun (PN-Karanaan); Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim (PBS-Tamparuli) dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd. Ariffin Arif (PN-Membakut).

Selain itu, turut mengangkat sumpah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin (BN-Sukau); Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kebajikan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya (BN-Tanjung Keramat); Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Yakub Khan (BN-Karambunai) dan Menteri Belia dan Sukan (PN-Sook).

Sementara itu, empat ADUN dilantik iaitu Dr. Aliakbar Gulasan, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi; Bendahari UMNO Sabah, Suhaimi Nasir; dan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Libaran, Jaffari Waliam turut mengangkat sumpah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI