fbpx

21 individu ingkar PKPP dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seramai 21 individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) masing-masing dikenakan kompaun dalam pemeriksaan malam tadi.

Operasi kira-kira pukul 8 malam itu melibatkan beberapa restoran, pasar raya, kedai alat ganti kenderaan dan pusat hiburan di sekitar Butterworth, Tasek Gelugor dan Kepala Batas di sini.

Ketua Polis Daerah SPU, Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka yang berusia di antara 30 hingga 60 tahun itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuklah tidak mengambil bacaan suhu, tidak mematuhi penjarakan fizikal dan pelanggan tidak mendaftar memasuki premis.

“Ketika pemeriksaan di sebuah pusat hiburan, seramai sembilan individu dikompaun kerana tidak mematuhi SOP selain kesalahan premis yang menjalankan operasi melebihi masa ditetapkan,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI