fbpx

17,000kg cili dari China dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada 17,000 kg cili dari China yang ditahan Maqis Johor kerana cuba dibawa masuk tanpa permit import di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah semalam.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan sebuah kontena berisi cili import dari China yang dibawa masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini, semalam.

Pengarahnya, Nur Afifah A. Rahman berkata, pemeriksaan dijalankan pada pukul 3 petang itu menemui 17,000 kilogram (kg) cili bernilai RM71,243.60.

Menurutnya, cili berkenaan dipercayai dibawa masuk bagi kegunaan pasaran tempatan.

“Pemeriksaan lanjut yang dibuat mendapati cili tersebut tidak mematuhi syarat import iaitu tidak mempunyai Sijil Fitosanitasi dari negara asal selain gagal mematuhi Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.

“Pemandu warga tempatan berusia 40 tahun ditahan untuk diambil keterangan manakala barangan dagangan disita untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Nur Afifah, kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). -K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI