fbpx

17 jam terapung di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA selamat selepas 17 jam hilang di laut dekat Balik Pulau semalam.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang awak-awak warga Indonesia yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam semalam ditemui selamat di sebuah sangkar ikan di Pulau Betong, Balik Pulau di sini selepas dihanyut ombak hampir 17 jam.

Mangsa, Sapta Pratama Putra, 25, dijumpai  dalam keadaan terapung oleh pemilik sangkar  ikan tersebut pada pukul 8.20 malam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, bot Kilat 4 diarah ke lokasi berkenaan untuk mengambil mangsa sejurus menerima laporan berhubung penemuan seorang awak-awak.

“Ketika ditemui, mangsa masih memakai jaket keselamatan dan kemudiannya di bawa ke jeti Limbungan Batu Maung untuk diserahkan kepada pihak polis.

“Jaket keselamatan yang dipakai mangsa dapat membantunya untuk berapung lebih lama di dalam air dan seterusnya dapat menyelamatkan nyawanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi semalam, bot pukat tunda yang dinaiki tiga awak-awak dan seorang tekong tempatan karam di kedudukan 5.3 batu nautika Barat Daya Muka Head di sini.

Akibat kejadian itu, sseorang tekong ditemui mati lemas manakala seorang lagi awak-awak dilaporkan hilang dibawa arus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI