fbpx

Sukarnya untuk dapatkan awak, anak – Siti Elizad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI ELIZAD

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Siti Elizad meluahkan perasaan mengenai perjalanan sukarnya untuk mendapatkan zuriat selepas hampir lima tahun berkahwin.

Luahan hatinya itu ditulis pada ruangan kapsyen yang dimuat naik bersama video memaparkan Siti Elizad menerima suntikan pertama bagi prosedur rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) hari ini.

“Susahnya nak dapatkan awak ini anak. Harap-harap awak tengoklah video dan gambar-gambar macam mana mencabarnya untuk mendapatkan awak.

“Ya-Allah, perkenankanlah doaku yang satu ini, juga kepada mereka yang TTC atau Trying To Conceive (wanita yang cuba mengandung) seperti saya. Amin,” ujarnya.

Menurut pemilik nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin itu, dalam proses rawatan hari ini, doktor dan jururawat turut mengajar suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman cara untuk melakukan suntikan pada bahagian perut.

“Ini merupakan hari pertama kami menjalani rawatan IVF. Sudah bermula proses suntik sendiri di rumah, doakan kami ya.

“Insya-Allah akan berjumpa doktor semula dalam masa dua minggu lagi,” katanya menerusi satu perkongsian video dalam Instagramnya hari ini.

Dalam pada itu, Siti Elizad juga memberitahu dia tidak dapat berkongsi perihal harga atau bajet bagi mendapatkan rawatan tersebut kepada umum.

“Kepada yang bertanya saya tentang hal harga, maaf saya tiada jawapan untuk soalan tersebut. Sebab masalah kita semua berlainan,” ujarnya.

Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar perjalanan rawatan IVF pelakon Jalan Sesat ke Syurga itu dipermudahkan dan segera mendapat zuriat.

Terdahulu, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI