fbpx

Solskjaer tidak boleh terlalu berlembut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER terkenal sebagai seorang yang bersifat lembut tetapi cara itu tidak membantunya membentuk skuad United yang mantap. – AFP

MANCHESTER – Bekas pe­nyerang Manchester United, Dwight Yorke menggesa pe­ngurus pasukan itu, Ole Gunnar Solskjaer lebih tegas serta mempamerkan sisi yang berbeza dalam mengemudi The Red De­vils.

Kekalahan 1-6 kepada Tottenham Hotspurs menyebabkan ramai berpendapat Solskjaer semakin hilang ‘kuku’ dalam mengendalikan para pemainnya dan mahu pengurus dari Norway berkenaan mengubah cara dan sikapnya.

Yorke melihat United kini berdepan krisis kepimpinan dan menggesa bekas rakan sepasukannya itu mempamerkan sikap yang lebih keras terhadap para pemainnya.

“Seorang pengurus perlu percaya bahawa beliau mampu menyuntik tenaga kepada para pemain. Saya fikir Solskjaer tidak mempunyai elemen berkenaan. United perlukan seorang pembimbing dan pemain yang mempunyai mentaliti kemenangan di dalam padang

“Sebelum United kembali berada dalam keadaan konsisten, saya fikir mereka perlu menyusun langkah kerana mereka sudah dua langkah ke belakang ketika ini.

“Saya tidak pasti apakah Solskjaer menggunakan sikap keras terhadap para pemainnya. Beliau bukan Roy Keane. Beliau mungkin mempunyai pendekatan berbeza, namun sudah sampai masanya untuk beliau lebih tegas terhadap pemain.

“Sudah tidak ada cara lain kecuali memberi kata dua kepada setiap pemainnya supaya mereka mampu memberikan nilai terbaik kepada pasukan.

“Sudah tentu ada beberapa perkataan bersifat keras digunakan. Kita mungkin tidak tahu sisi berbeza Ole tetapi sudah sampai masanya untuk beliau me­ngubah sifat lembutnya,” jelasnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI