fbpx

Sisa toksik hanyut di perairan Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang diagihkan Greenpeace pada Isnin lalu menunjukkan air laut di Pantai Khalaktyr, Semenanjung Kamchatka bertukar hijau akibat sisa toksik. - AFP

MOSCOW – Pencemaran disyaki sisa toksik di luar pantai Semenanjung Kamchatka, Rusia yang menyebabkan kematian besar-besaran haiwan marin telah membentuk tumpahan sejauh 40 kilometer di pesisir pantai di Lautan Pasifik, kata beberapa penyelidik hari ini.

Universiti Persekutuan Timur Jauh menyatakan dalam satu kenyataan bahawa tumpahan itu mempunyai lebar antara 100 meter hingga 300 meter di sesetengah kawasan, berwarna kehijauan dan menghasilkan buih semasa terapung menuju arah selatan di perairan Rusia.

Pencemaran itu sebelum ini dianggap pegun dan tertumpu di sebuah pantai tetapi penyelidik-penyelidik yang merakam gambar dari udara berkata, sisa itu bergerak ke arah selatan menuju Kepulauan Kuril tanpa berkurang saiznya.

Ketua makmal biologi universiti berkenaan, Kirill Vinnikov turut menyedari pencemaran itu kekal dan mempunyai dimensi yang jelas.

Penduduk tempatan membuat aduan mengenai sisa toksik itu bulan lalu selepas beberapa peluncur ombak mengalami kesakitan pada mata mereka dan haiwan marin termasuk anjing laut, sotong kurita dan landak laut ditemui mati terdampar di tepi pantai.

Pertubuhan alam sekitar Greenpeace cawangan Rusia menyifatkan situasi tersebut sebagai “bencana ekologi”. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI