fbpx

Sindiket paksa tukar kepala gas kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu jenis kepala gas yang digunakan sindiket untuk mengenakan caj pemasangan tidak munasabah di sekitar Kuala Terengganu baru-baru ini.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Memaksa menukar kepala gas dengan cara menakut-nakutkan pelanggan.

Itu taktik satu sindiket jualan langsung yang kini kembali aktif menjadikan mangsa dengan menyasarkan golongan warga emas dan penduduk kampung di negeri ini.

Mereka memerangkap mangsa dengan mengenakan caj pemasangan kepala gas yang tidak masuk akal mencecah RM377.

Seorang wanita warga emas berusia 66 tahun mendakwa telah didatangi seorang jurujual yang tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang berada bersendirian di rumah di Kampung Rawai, Bukit Payong, Marang baru-baru ini.

“Tanpa berkata apa-apa, dia terus meluru masuk ke bahagian dapur dan melakukan pemeriksaan kepala gas dapur sebelum terus menukarnya.

“Saya terpinga-pinga selepas dia meminta saya membayar caj pemasangan sebanyak RM377 selepas mendakwa tong gas di rumah saya berisiko meletup jika tidak ditukar kepala gasnya,” dakwanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Wanita berkenaan memberitahu terpaksa membayar caj itu kerana bimbang keselamatan diri apatah lagi pada waktu tersebut dia bersendirian di rumah kerana suami dan anak-anaknya sedang bekerja.

Dalam pada itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, pengguna berhak menolak sebarang perkhidmatan meragukan dan membuat aduan rasmi kepada KPDNHEP untuk memudahkan tindakan penguatkuasaan. – K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI