fbpx

Seorang ahli Fitness First Setia City Mall positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis yang dikeluarkan Setia City Mall hari ini

KUALA LUMPUR- Seorang ahli kelab Fitness First di pusat beli-belah Setia City Mall di Shah Alam, Selangor disahkan positif Covid-19.

Setia City Mall memaklumkan perkara itu setelah diberitahu oleh pihak Fitness First.

“Kakitangan Fitness First yang bertugas telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan akan menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari. Fitness First juga telah mengumpulkan satu pasukan kakitangan yang lain untuk meneruskan operasi.

“Sebagai sebahagian daripada fokus kami pada kesihatan dan keselamatan, premis Fitness First dan pusat membeli-belah kami telah segera menggerakkan usaha pembersihan malam tadi, selain prosedur pembersihan dan pembasmian kuman dengan kerap,” menurut pusat beli-belah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Setia City Mall menggesa pelanggan dan orang ramai untuk mempraktikkan amalan kebersihan dan langkah berjaga-jaga selari dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada orang ramai. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI