fbpx

Rupa-rupanya Nabila Huda keguguran lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila Huda

KUALA LUMPUR – Impian pelakon popular, Nabila Huda untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran buat kali kedua pada Isnin lalu.

Berita tersebut dikongsi Nabila atau Abil menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram Storynya semalam.

Abil atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 35, mengakui berasa sangat sedih dan kecewa selepas doktor mengesahkan dia keguguran.

“Hai, anda semua berhak untuk tahu apa yang telah keguguran kali kedua. Pertama kali saya alami pendarahan, saya sangat sedih dan semalam (kelmarin) saya ambil masa untuk sembuhkan diri sendiri termasuklah emosi.

“Saya sangat sedih ketika itu sebab keinginan untuk mempunyai anak kedua terlalu tinggi. Memang nak sangat ada zuriat sekali lagi,” katanya.

Abil bagaimanapun tidak memperincikan usia dan punca kegugurannya.

Pelakon filem Munafik itu juga mengakui berdepan paranoid selepas doktor mengesahkannya hamil baru-baru ini,

“Saat doktor sahkan saya mengandung, rasa sangat teruja tetapi dalam waktu yang sama, rasa risau dengan membayangkan bayi itu jatuh dari perut atau hilang dalam kandungan.

“Saya percaya semua ini bergantung kepada rezeki. Sebenarnya sangat kesian dengan suami yang sudah lama menunggu untuk mempunyai zuriat sendiri,” katanya sambil menitiskan air mata.

Tambah anak kepada penyanyi Amy Search itu, dia juga redha dengan ketentuan Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepada rezeki.

“Saya cuba untuk tidak memikirkannya sangat. Saya okey, jangan risau. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberi semangat serta doa.

“Saya juga tidak berniat untuk menagih simpati tetapi hanya ingin berkongsi rasa dan pengalaman kepada semua pengikut Instagram saya,” ujarnya.

Terdahulu, Abil pernah mengumumkan dia mengalami keguguran pada April tahun lalu.

Abil dan Mohd. Izwan Johar mendirikan rumah tangga pada Disember 2015.

Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak perempuan Keisha Laila yang kini berumur 11 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI