fbpx

Rokok seludup RM6.3 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kiri) menunjukkan rokok seludup yang dirampas di Markas PPM Wilayah Dua, Johor Bahru hari ini.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan kegiatan sindiket rokok seludup dengan merampaskan 836 kotak rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM6.3 juta dalam dua serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini merupakan rampasan rokok tidak bercukai terbesar yang dilakukan di negeri ini pada tahun ini.

Beliau berkata, serbuan pertama dilakukan kira-kira pukul 3 petang di kawasan Plaza Tol Kempas ke atas sebuah lori dan menahan seorang pemandu lori yang berusia 45 tahun.

Katanya, pemeriksaan ke atas lori tersebut menjumpai 420 kotak mengandungi 4.2 juta batang rokok pelbagai jenama seperti Zon King, AXR dan U2.

“Serbuan kedua dilakukan pada pukul 5.40 petang di kawasan Bumi Hijau Pandan, di sini dengan menahan seorang pemandu lori berusia 48 tahun yang membawa muatan rokok seludup.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas 416 kotak rokok jenama pelbagai jenama yang mengandungi 4.16 juta batang rokok pelbagai jenama seperti Zon King, AXR, U2 dan Canyon.

“Nilai rampasan keseluruhan bagi kedua-dua kes dianggarkan berjumlah RM6.3 juta (termasuk cukai),” katanya pada sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, rokok seludup yang dijual jauh lebih murah berbanding dengan rokok jenama lain yang berada di pasaran menyebabkan permintaan terhadap rokok tidak bercukai ini tidak pernah putus.

Katanya, pihaknya percaya rokok seludup yang dibawa masuk dari negara jiran ini biasa adalah untuk pasaran di negeri ini dan juga di luar Johor. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI