fbpx

Messi nekad julang trofi Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI masih gagal meraih trofi Piala Dunia bersama Argentina biarpun sudah mengecapi hampir kesemua gelaran lain. – AFP

BUENOS AIRES – Bintang Barcelona, Lionel Messi sedia melupakan situasi tidak menentu di kelab itu bagi membantu Argentina pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Ecuador di Stadium La Bombonera pagi esok.

Pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu menegaskan dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan bagi membantu Argentina memenangi trofi paling berprestij di dunia tersebut.

Messi tekad untuk me­nebus kekecewaannya apabila Argentina hampir memenangi Piala Dunia pada 2014, namun tewas kepada Jerman di perlawanan akhir.

“Sasaran hanya satu ketika ini, iaitu dengan memenangi Piala Dunia bersama pasukan negara. Saya mahu tebus kekecewaan semua penyokong kami pada 2014,” ujar Messi.

Sementara itu, jurulatih Argentina, Lionel Scaloni percaya kehadiran pemain-pemain se­nior seperti Messi mampu membantu pasukan itu mencapai sasaran tersebut.

“Kami ada tujuh atau lapan pemain yang berpengalaman dalam pasukan ketika ini. Saya fikir Messi memerlukan dua penyerang di hadapannya yang mampu menyudahkan setiap umpanan dia lakukan,” kata Scaloni.

Pengendali berusia 42 tahun itu pastinya berada dalam dilema bagi memilih jentera serangan terbaik yang terdiri daripada Lucas Ocampos, Paulo Dybala dan Lautaro Martinez.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI