fbpx

Masa depan Hariss Harun di JDT timbulkan persoalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASA depan Hariss bersama skuad Harimau Selatan menjadi buah mulut para penyokong sama ada akan terus kekal dengan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut tersebut atau sebaliknya. - Johor Southern Tigers

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

KARIER Hariss Harun bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat samar selepas pemain tersebut memuat naik status di laman sosialnya yang sering menimbulkan pelbagai persoalan.

Dalam status tersebut, Hariss bagaikan memberi bayangan bahawa dia akan meninggalkan skuad Harimau Selatan tidak lama lagi.

“Keputusan sudah dibuat. Terima kasih JDT,” tulis Hariss dalam status di laman sosial yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak khususnya penyokong JDT semalam.

Bagaimanapun, laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan pemain kelahiran Singa­pura itu.

Menyingkap karier pemain berusia 29 tahun itu, dia menyertai JDT daripada Lions XII pada November 2013 dengan menandatangani kontrak selama dua tahun bagi memperkuatkan jentera tengah Harimau Selatan.

Hariss menjaringkan gol pertama peribadinya bersama JDT ketika membantu pasukan itu menewaskan Kedah 3-1 dalam perlawanan Piala Malaysia, 11 Februari 2014.

Sepanjang karier bersama JDT, dia membantu pasukan menjuarai enam musim Liga Super termasuk kejayaan gemilang merangkul Piala AFC pada tahun 2015.

Bagi musim ini, Hariss yang pernah memakai lilitan kapten hanya membuat satu penampilan bersama JDT bagi perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang pasukan Jepun, Vissel Kobe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI